Sunday 5 February 2012

Sakit itu ujian daripada-Nya :D

Assalamualaikum : D

arini saya demam.Well,bukan selalu demam..best gak..rasa sejuk..gigil2...Demam kan baik..tapi knapa la ramai tak suka demam yea..
nak taw tak?? Kalau kita sakit, pengampunan dosa kecil da berlaku...so bagus la kan :D tapi moga2 kita ni sehat je kan .
kalau sakit je nanti semua kerja tak jalan taw :(

#doakan saya sehat yea..

Sini saya Nak bagi Tips sikit la nak hadapi ujian (bukan demam jer taw )


1) YAKIN UJIAN ITU EKSPRESI CINTA ALLAH SWT KEPADA HAMBANYA
    :) Allah beri kita cabaran sebab Allah nak kita ni lebih matang dalam kehidupan taw.

Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari)



2)YAKIN LA BAHAWA SEMAKIN BNYAK CABARAN DAN DUGAAN SEMAKIN  BNYAK  PAHALA DAN GANJARAN YANG AKAN KITA DAPAT.
:)janji kita selesaikan dengan cara yang betul.

Anas r.a. berkata: Nabi saw. bersabda,“Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah Ta’ala itu mencintai suatu kaum maka Dia mengujinya. Barang siapa yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah, dan barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan Allah” (H.R.Tirmidzi)



3) YAKINLAH BAHAWA UJIAN MENGHAPUSKAN DOSA-DOSA KITA :D
:) Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda:
 “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya (H.R. Bukhari dan Muslim)




 4) SELALULAH BERFIKIRAN POSITIF DAN TAK MUDAH BERPUTUS ASA
:) Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw. bersabda:
 “Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.”(H.R.Muslim)





5) YAKINLAH BAHAWA JIKA KITA DITIMPA KESUSAHAN DAN UJIAN PASTI AKAN ADA KEMUDAHAN NANTI :D
 Fakta menunjukkan bahawa  idea – idea yang hebat sering muncul ketika kita berada di puncak kesulitan. Contohnya, banyak mahasiswa dapat mengarang jawapan walaupun pada saat menghadapi soalan peperiksaan yang sukar.
 Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Q.S. Alam Nasyrah 94: 5- 6)




6) YAKIN PADA DIRI DENGAN CARA SENTIASA BERSIKAP OPTIMISTIK KERANA ALLAH SWT SUKA  AKAN HAMBANYA YANG OPTIMIS :D
 Optimis dapat  melahirkan tenaga yang tersembunyi dalam diri kita, kerana itu optimis boleh menjadi bahan bakar untuk menyelesaikan segala persoalan. Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan  hambanya itu.
 Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” (Q.S. Al-Baqarah 2 : 286)







7) HADAPI UJIAN DENGAN DOA KERANA DOA ADALAH SENJATA MUKMIM :D
 Kerah segala ikhtiar untuk menyelesaikan ujian dan follow-up usaha itu dengan doa.
 Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap” (Q.S. Alam Nasyarh 94 : 7 – 8).

 Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan doamu.” (Q.S. Al-Mu’min 40: 60)





Jadi..
senang bukan mudah je la..Ujian yang kita hadapi tu KACANG je kalau nak di bnding kan dengan Rasulullah saw..
betulkan??

jadi kita perlulah YAKIN dalam hadapi ujian dari Allah swt :D
percaya lah Allah ada dimana kita memerlukan nya..Dengan syarat kita ingat pada di waktu kita lapang kerana Allah Swt akan ingat kita di waktu kita sempit..

Insyallah..Masyallah :D
Indahnya ujian itu..!!
Terima Kasih Allah :D

2 comments:

  1. yep... sila jgn malas mkn ubat,...
    huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. uncle jonni: kita jenis tak makan ubat la..
    hihiii..
    alhamdulillah..

    da kurang da...
    thnx yea..
    add me taw..
    fb~fb~~

    ReplyDelete